Senyuman Manismu
Ilham Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen, U6A1, SMK Kepong, FRIM, 25/02/2006, Sabtu , 9:52p.m.
Indahnya suasana sepi,
Berjuang mengenali diri;
Ingin sangat mengetahui,
Segala dalam isi hati.
Kata-kata yang terpendam,
Masih terikat dalam mindaku;
Entah mengapa ia berlaku,
Sehingga kau menaruh dendam,
Menjurus ke sanubariku.
Ku pasrah,
Dengan rasa ku yang bersalah;
Berdosakah aku,
Untuk mencintaimu,
Senyuman manismu,
Memukau hatiku;
Bersifat penawar,
Mengubati hidupku yang tawar,
Kurindu gelak tawamu,
Apatah lagi suaramu;
Sanggupkah kau meninggalkan,
Percintaan kita yang kian lama?
Adinda,
Engkaulah yang kucinta;
Sedangkan diri kau merana,
Ku tak tahu di mana silapnya,
Perbalahan kita,
Tercetus bagai gunung berapi;
Sudah lama tidak meluahkan perasaan,
Seakan-akan kita berperang,
Tanpa senjata hanya jeritan,
Jiran-jiran pun kedengaran;
Percaya sangatkah kau kepada hiburan,
Sampai takut ditelan zaman?
Ku cinta padamu bukan paras rupa,
Tentu juga bukan kerana wang dan harta;
Setulus hatiku,
Engkau saja yang bertakhta,
Jauh dalam diriku,
Hanya kau yang satu;
Kembalilah ke pangkuanku,
Sama-sama kita mengejar mimpi,
Yang selalu kita alami,
Pintu hatiku senantiasa terbuka;
Dengan hati yang gembira,
Jangan lagi kau curiga,
Akan ku sambut tanganmu dengan mesra.
2 comments:
u oso really good in bahasa melayu dear. what a talent :D u r a good author.
My proficiency in BM is good because I am not Chinese educated but that doesn't suggest I'm a banana.
I hope that someday people can appreciate what I can do (bring touching messages to the world).
Not remembering me but my talents given by the Almighty God :"D
Post a Comment