Wednesday, June 15, 2011

Di mana

Di mana?

Hasil Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 19/11/2005, Sabtu, 1:10a.m.

Ku petik bunga rindu,

Sambil memikirkanmu;

Ditiup angin bayu,

Terbang ke situ.


Perbuatanku,

Umpama mencurah;

Titisan air ke atas daun keladi,

Tiada rasa simpati.


Di mana kasih sayangmu,

Seperti yang dijanjikan dulu?

Di mana dirimu,

Apabila ku memerlukanmu?

Di mana suaramu,

Untuk menyanyi kepadaku?

Di mana sokonganmu,

Semasa ku dibuai melodi syahdu?


Setiap hari,

Aku menangis;

Terasa sunyi,

Memori semakin terhakis.


Ku tetap menanti,

Kau yang ku ingin dekati;

Membuka ruang hati,

Yang telah lama tersembunyi.


Di mana kasih sayangmu,

Seperti yang dijanjikan dulu?

Di mana dirimu,

Apabila ku memerlukanmu?

Di mana suaramu,

Untuk menyanyi kepadaku?

Di mana sokonganmu,

Semasa ku dibuai melodi syahdu?


Teringin ku melihatmu,

Kembali ke sisi;

Tidak mengulangi kesilapan lagi,

Diri ini yang kau sakiti,

Masih dapat diubati,

Selagi ku masih di sini.

No comments: