Sentiasa Di sisimu
Ilham Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen, 17/02/2006, Jumaat, 9:45 p.m.
Sinaran mentari menjelma dari hari ke hari,
Menyinari lautan luas pada waktu pagi;
Sejenak kurasa kosong di hati,
Kerana kau tiada di sini.
Bukan kerna kuingin mengata,
Tetapi kau telah lama menghilang;
Mengapa aku engkau ingin hindar,
Apatah kuyang kau salahkan?
Kalau kita bercinta,
Tak semestinya dapat bersama;
Melihat keadaan dunia,
Yang semakin membara.
Memang sukar untuk berpisah,
Tapi apakan daya;
Hanya mampu menyerah kepadaNya,
Yang menentukan segala.
Bukanku yang ingin mengetepikanmu,
Hanya hasratmu itu tidak tercapai olehku;
Soal cinta,
Memang tidak boleh dipaksa,
Tepuk dada tanyalah selera.
Aku sekadar insan biasa,
Tiada lain tiada beza;
Sungguhpun berbeda bangsa agama,
Namun pendirianku tetap sama.
Aku ingin memahami dirimu,
Inginku juga untuk menjagamu;
Ku berjanji akan sentiasa di sisimu,
Cuma tidak dapat membelai kasih rindu,
Kau boleh jadi kawan baikku yang satu,
Entah mengapa engkau tidak sudi;
Terus melangkah pergi,
Meninggalkanku.
Kiniku berdiri di ambang kocakan ombak,
Dengan harapan kita dapat bertemu kembali;
Kutidak mahu perhubungan kita retak,
Oleh sebab tidak mahu berdepan dengan realiti.
No comments:
Post a Comment