Wednesday, June 15, 2011

Diari Percintaan Kita

Diari Percintaan Kita

Karya Asli Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 17/11/2005, Khamis, 2:43a.m.

Begitulah rupanya,

Suratan takdir;

Membawa penuh makna,

Tanpa kucar-kacir.


Engkau tak bisa melupakan,

Setiap detik-detik;

Memberikan ku semangat,

Melalui saat-saat getir.


Aku mencintaimu,

Sepenuh hati;

Sepenuh jiwa,

Engkau seorang saja yang ku kasihi,

Semuanya terbukti;

Dalam diari percintaan kita,

Yang berkisahkan kau dan aku.


Betapa besarnya jurang di antara kita,

Betapa jauh mata memandang;

Ku selalu berdoa agar kau berjaya,

Mencapai impian yang kian datang.


Sehari demi sehari,

Ku sedia menanti;

Kepulanganmu,

Tanpa erti jemu.


Aku mencintaimu,

Sepenuh hati;

Sepenuh jiwa,

Engkau seorang saja yang ku kasihi,

Semuanya terbukti;

Dalam diari percintaan kita,

Yang berkisahkan kau dan aku.


Senyumanmu yang manis,

Mewarnai hidupku;

Ku asyik menangis,

Kerana amat merinduimu,

Setiap kali ku melihat,

Diari yang ku tuliskan;

Namamu tetap terpahat,

Diselabungi memori kemenangan.

No comments: