Wednesday, June 15, 2011

Cahaya Mata

Cahaya Mata

Ilham Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen, 18/02/2006, Sabtu, 7:07p.m.

Aku tak sangka akan wujudnya hari ini,

Diri dibelai dengan melodi jiwa yang sepi;

Ke manakah engkau ingin melangkah pergi,

Meninggalkan mereka dengan rasa pedih di hati?


Wahai remaja yang bergelar juara,

Insafilah daripada perbuatan jahilmu;

Kembalilah ke pangkuan Papa dan Mamamu,

Dari kecil hingga besar,

Tangan merekalah yang tak jemu-jemu mendodoimu,

Pengaruh rakan itu janganlah kau terperangkap;

Kerana semua ini hanya bersifat sementara,

Baliklah ke pangkal jalan yang dulu,

Ingat pesanan aku,

Sesal dahulu pendapatan,

Sesal kemudian tidak berguna.


Aku pernah tinggal berjauhan,

Rasa rindu membuatku tidak tertahan;

Lantas cepat-cepat kucari alasan,

Ingin berjumpa mereka yang tinggal bersendirian,

Setiap kali berfikir kurasa kasihan,

Pengorbanan mereka tiada tolok bandingan;

Walaupun aku membuat kesalahan,

Mereka sanggup beri pengampunan,

Tiada siapa yang dapat memisahkan,

Aku dengan mereka berpasangan;

Ciri ini yang membawa kebahagiaan,

Kasih ini yang meresap aroma kemesraan.


Sekarangku sudah dewasa,

Tahu menilai apa yang ada;

Di rantau orang ku bertemu si dia,

Mempunyai seorang cahaya mata,

Kelahiran antara kita berdua,

Kuharap dia menyerupai Mamanya;

Kerana aku banyak melakukan dosa,

Tetapi masih direstui ibu dan bapa,

Sayangnya aku tidak sempat membalas jasa,

Mereka selesa tinggal di Syurga;

Buat Mama Papa yang kucinta,

Terima kasih atas segala,

Minta maaf kupinta,

Cucumu akan kujaga;

Akanku juga kerap berdoa,

Agar Mama Papa senantiasa diberkati olehNya.

No comments: