Wednesday, June 15, 2011

Kerana

Kerana

Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 18/11/2005, Jumaat, 2:13p.m.

Kerana cinta,

Aku berdosa;

Melayan rasa,

Membelai jiwa,

Di mata kasar.


Kerana keluarga,

Aku berdoa;

Agar berjasa,

Terhadap mereka,

Yang sudi menjaga.


Mengapa semua harus begini?

Ku sekadar mengejar mimpi;

Terus ku dimaki,

Apalah erti hidup ini?


Kerana dia,

Aku rela;

Melupakan nama,

Bersama dia,

Mengharungi suka-duka.


Kerana diri,

Aku berani;

Cuba tanpa henti,

Ke hujung kaki,

Mengenali sendiri.


Mengapa semua harus begini?

Ku sekadar mengejar mimpi;

Terus ku dimaki,

Apalah erti hidup ini?


Daku hanya insan biasa,

Ingin mencapai cita-cita;

Kini sudah dewasa,

Kematangan di minda,

Berfikir tanpa curiga.


Mengapa semua harus begini?

Ku sekadar mengejar mimpi;

Terus ku dimaki,

Apalah erti hidup ini?

No comments: