Wednesday, June 15, 2011

Kau Tiada

Kau Tiada


Sejak dari kecil,

Ku impikan cinta yang suci;

Ku bayangkan wajahmu,

Di dalam mimpi.


Dalam cinta,

Ku inginkan segalanya;

Semakin ku membesar,

Diri pun sudah matang.


Aku perlukan pelukanmu,

Aku perlukan sayangmu;

Aku perlukan perhatianmu,

Bila ku perlukan semua,

Kau tiada.


Baru ku sedar,

Kau sedang bermain cinta;

Aku pula yang disalahkan,

Mengapa?

Diri ku ini dipinggirkan,

Jauh lenyap di pandangan.


Aku perlukan pelukanmu,

Aku perlukan sayangmu;

Aku perlukan perhatianmu,

Bila ku perlukan semua,

Kau tiada.


Sejak ku kehilanganmu,

Aku berdiri tabah;

Kerana aku tahu aku sudah tewas,

Dalam permainan cintamu itu.


Aku perlukan pelukanmu,

Aku perlukan sayangmu;

Aku perlukan perhatianmu,

Bila ku perlukan semua,

Kau tiada.


Ilham Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen

Tarikh: 18/12/2005

Hari: Ahad

Masa: 5:21p.m.

No comments: