Wednesday, June 15, 2011

Insaf

Insaf

Hasil Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 18/11/2005, Jumaat, 3:05p.m.

Puas ku mencari,

Wajahmu di hati;

Mungkiri janji,

Yang telah lama pergi.


Kau tinggalkan ku,

Tanpa bersuara;

Takkan ku lupa,

Saat kehilanganmu.


Sayang,

Ku telah insaf;

Ketiadaanmu,

Menyakiti diriku,

Untuk berdikari;

Malu ku tak terperi,

Berdepan di sinar mentari.


Biar ku tebus segala dosa,

Yang membuatmu merana;

Tidak ku sengaja,

Mengenang si dia.


Aku telah berubah,

Tidak seperti dulu;

Pendapat bercanggah,

Membuat ku hampir layu.


Sayang,

Ku telah insaf;

Ketiadaanmu,

Menyakiti diriku,

Untuk berdikari;

Malu ku tak terperi,

Berdepan di sinar mentari.


Ku doa kau maju,

Ku buka pintu hatiku;

Pulanglah ku merayu,

Kepada pangkuanku,

Menanti kau kembali,

Ke sisiku.

No comments: