Wednesday, June 15, 2011

Pergi Dan Kembali

Pergi Dan Kembali

Ilham Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen, 26/02/2006, Ahad, 8:27 p.m.

Betapa agungnya cintamu,

Betapa besarnya pengorbananmu;

Kau berikanku segala,

Semua yang ku mahu,

Ku lihat dirimu,

Sentiasa menjadi tarikan;

Kaum hawa,

Tidak kira usia.


Bagiku,

Tiada siapa yang dapat menggantikan;

Tempatmu,

Yang senantiasa bertakhta di hatiku.


Namun ku masih ragu,

Kau bebas menjauhiku;

Bergaul di serata tempat,

Kau sangka ku tak tahu,

Bukan senang ku ingin menjejakimu,

Tetapi ku bertindak jua;

Kerana dipaksa,

Terasa seksa di jiwa.


Kekanda,

Tidakkah kau rasai;

Bisikanku di hati,

Sedangkan kau leka,

Menemani mereka,

Sampai lewat malam;

Mukamu sudah merah padam,

Akhirnya ku jua yang kau dendam,

Meluahkan semua yang dipendam,

Diriku bagai hampir tenggelam;

Kepercayaan terus lenyap di kayangan,

Suasana kian hari kian suram,

Dibuai melodi,

Menyepikan diri;

Kini ku keseorangan,

Di ambang lautan.


Bila ku di sini,

Kau tidak menyedari;

Masa ku pergi,

Kau tiba-tiba kembali,

Mengikut rasa sesuka hati,

Ku tetap mengundurkan diri;

Tanpamu ku berdikari,

Harap kau menjaga diri.

No comments: