Wednesday, June 15, 2011

Pasti

Pasti

Hasil Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 09/12/2005, Jumaat, 10:46p.m.

Sayang,

Mari kepada ku;

Kau buat ku lama tertunggu,

Di atas buaian cinta yang sayu.


Ku ingin lafazkan,

Cinta ku terhadapmu;

Ku tidak tahan,

Setelah lama menunggu.


Biar malam ini,

Menjelaskan segala-galanya;

Kikis segala syak wasangka,

Yang aku pasti,

Engkaulah yang aku cinta.


Ku masih menanti,

Jawapanmu;

Kasih sayangmu,

Dari hari ke hari,

Ku setia menemani,

Mengharungi perjuangan hidup;

Walaupun cuaca redup,

Kerana ku hanya ingin bersamamu.


Biar malam ini,

Menjelaskan segala-galanya;

Kikis segala syak wasangka,

Yang aku pasti,

Engkaulah yang aku cinta.


Ku asyik berduka,

Bila kau akan kembali?

Ke sisi ku ini,

Yang patuh pada janji,

Sekarang tiba masanya,

Untuk kau muncul diri;

Tuhan menjadi saksi,

Dan merestui,

Cinta kita yang sejati.


Biar malam ini,

Menjelaskan segala-galanya;

Kikis segala syak wasangka,

Yang aku pasti,

Engkaulah yang aku cinta.

No comments: