Sentiasa Di Sisimu
Ilham Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen (U6A1),
Sinaran mentari menjelma lagi,
Menyinari lautan luas waktu pagi;
Sejenak kurasa kosong di hati,
Kerana kau tiada di sisi.
Hati ini sentiasa berkata – kata,
Ke mana dirimu menyepi;
Mengapa aku engkau ingin hindari,
Apakah aku yang kau salahkan.
Andai betul kita bercinta,
Bukan jaminan untuk bersama;
Melihat keadaan dunia,
Yang semakin membara.
Bukan mahuku untuk berpisah,
Namun aku tiada daya;
Hanya mampu menyerah kepadaNya,
Yang menentukan segala.
Bukan jua ingin mengetepikanmu,
Hanya hasratmu itu tidak terpenuh olehku;
Agenda cinta,
Memang tidak boleh dipaksa,
Tepuk dada tanyalah selera.
Aku sekadar insan biasa,
Tiada lain tiada beza;
Sungguhpun berbeda bangsa agama,
Namun pendirianku tetap sama.
Aku ingin memahami dirimu,
Inginku juga untuk menemanimu;
Janjiku akan sentiasa di sisimu,
Tetapi bukan pembelai kasih rindu,
Pintaku jadilah rakan paling akrab,
Entah mengapa engkau tidak sudi;
Terus melangkah pergi,
Meninggalkanku.
Kiniku berdiri di ambang kocakan ombak,
Dengan harapan kita dapat bertemu kembali;
Tidak kumahu ia menjadi retak,
Dikeranakau takut mendepani realiti.
No comments:
Post a Comment