Air Mata Mengalir
Hasil Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 5/12/2005, Isnin, 12:19a.m.
Titisan-titisan hujan,
Menggantikan setiap air mata yang mengalir;
Mengenang kerinduan,
Yang tidak akan berakhir.
Tidak ku sengaja melukakan hatimu,
Segala milikmu;
Hanya bila kau merenung mataku,
Terasa kebahagiaan menusuk kalbu,
Ku tahu ku bukan pilihanmu,
Kau sedang mencari dia yang satu;
Lupakan saja tentang diriku,
Anggap tiada apa yang berlaku,
Biar ku saja yang mencintaimu,
Tanpa mengenal erti jemu.
Tak sangka apa yang ku lakukan akan ku kesali,
Bukan senang apabila mendampingi;
Dua insan yang berbeza,
Bertukar citarasa,
Ku pasrah,
Setelah bersalah;
Terhadapmu yang disakiti,
Minta maaf ku akui,
Ku cuba menjauhi diriku ini.
Betulkah kau tidak merasai?
Ku ingin mengetahui;
Kata-kata terpendam dalam hati,
Jangan kau ragui,
Ku tidak mahu simpati,
Jauh ke dalam sanubari;
Lepaskan daku ke dunia mentari,
Untuk mencari nilai diri.
Tidak ku sengaja melukakan hatimu,
Segala milikmu;
Hanya bila kau merenung mataku,
Terasa kebahagiaan menusuk kalbu,
Ku tahu ku bukan pilihanmu,
Kau sedang mencari dia yang satu;
Lupakan saja tentang diriku,
Anggap tiada apa yang berlaku,
Biar ku saja yang mencintaimu,
Tanpa mengenal erti jemu.
Biar ku kembali ke dunia nyata,
Mengundurkan diri bukanlah senang.
No comments:
Post a Comment