Tuesday, July 26, 2011

Sinar Wajahmu

Sinar Wajahmu: Ilham Asli Jennifer Soh Li Wen, 25 Julai 2011, Isnin, 10:43 malam-11:36 malam


Terdapat telepati,

Mendekatkan hati;

Terasa kau di sisi,

Membuatkan kita begitu serasi.


Pabilaku menitiskan air mata,

Kuteringat rupamu;

Sinar wajahmu,

Memberikanku harapan menghadapi hari muka.


Kuingin menatap wajahmu,

Berkali-kali;

Sinarmu menusuk kalbu,

Tergetarku di hati.


Biarpun jauh di mata,

Tetapi dekat di hati;

Kau selalu berkata,

Ku kau berada di sisi.


Kufikirkan yang sama,

Kau selalu dalam ingatan;

Mungkin turut dalam bayangan,

Kubawa tidak kira ke mana.


Hubungan ini,

Dicabar destinasi;

Ku di Tasik Chini,

Kau di Teluk Parsi.


Kuikan duyung yang kau kasihi,

Kau ikan duyung yang kukasihi;

Sama-samalah kita menanti,

Janji saat pertemuan untuk mencintai dan menyayangi.


Dahulu kala,

Kita berdua;

Mula bersemuka,

Masa masih muda.


Gempa memisahkan kita,

Sungguhpun dalam air yang sama;

Kuasyik berduka,

Kau dibawa arus bencana.


Masa kian menggigit usiaku,

Bagaimanakah dengan kau di situ?

Inginku menegur waktu,

Yang tidak jemu memakan umurku.


Adakah kau masih di sana?

Suaramu kutidak dengar;

Apakah telepati telah hilang,

Kusemakin hilang sabar.


Kau tunggu untukku,

Kuberenang mencarimu;

Kutidak ingin tertipu,

Oleh takdir yang satu.


Kutidak lagi kisah,

Segala gundah-gulana;

Wajahmu kumimpikan bersinar,

Impianku bakal terlaksana.


Akhirnya kusampai jua,

Kau hanya terlantar di sana;

Dipenuhi lilin menyala,

Kau kelihatan tidak bermaya.


Masa memperdayakan kita,

Lambat tetapi cepat;

Kusanggup bertahan,

Kepenatan di badan.


Lelakiku sudah uzur,

Sila kau setuju;

Kembali ke pangkuanku,

Jangan kau tidur.


Bangun,

Kusediakan makan minum;

Bangun,

Mari kita sama-sama senyum.


Mengapakah kau buatku begini?

Tidak sabar untuk menanti;

Kukan sudah berada di sini,

Mengapakah degupanmu berhenti?


Kurela mati,

Melihatmu begini;

Kau rela pergi,

Meninggalkan diriku sendiri.


Ku dalam senyap,

Ku meracuni diri;

Ku tiada lagi hari,

Ku dibawa sayap.


Di Syurga Ikan-ikan Duyung kini,

Kau telah menjumpai roh mudaku;

Kau kembali sihat dengan sinar wajahmu bagaikan mentari,

Kuseakan-akan sedang dibuai oleh keindahan sebenar mimpi,

Apakah ini maksud detik pertemuan yang kau janjikan dulu?


No comments: