Belaian Kasih:
Ilham Asli Jennifer Soh Li Wen, 24 Julai 2011, Ahad, 12:01 pagi-12:17 pagi
Kanda,
Dinda mohon ampun;
Dikala kanda murka,
Dinda mohon ampun.
Dinda tidak sengaja,
Jatuh pada senja;
Lutut mula berdarah,
Disentuhi Maharamah.
Dirawati,
Penuh simpati;
Bonda mengetahui,
Ubat dan balutan direstui.
Kanda,
Itu hanyalah sementara;
Kisah Maharamah menjadi sejarah,
Sila jangan murka.
Dinda mohon ampun,
Hanya kepada kanda dinda jujur;
Luka sahaja di lutut,
Nanti cepat akan sembuh.
Kanda dinda sayangi,
Malah cintai;
Kanda usah ragui,
Belaian kasih dinda ini.
Bonda serba memerhati,
Segala gerak-geri;
Murka tidak terperi,
Dikala dinda kanda tidak di sisi.
Kanda,
Jangan lagi murka;
Sila kembali ke sisi,
Dinda di sini sabar menanti.
Restu bonda,
Hanya di luka;
Jangan kanda banyak dan salah fikir,
Hanya zuriat kanda dinda lahir,
Dinda mohon ampun batin dan zahir.
No comments:
Post a Comment