Perbezaan Kita Berdua: Ilham Asli oleh Jennifer Soh Li Wen, 4 Julai 2011, Isnin, 11:04 malam-11:28 malam
Kita tidak bisa bertentang mata,
Nanti apa pula orang akan kata;
Kita tidak bisa bersentuhan,
Paling baik kita berjauhan.
Umi melarangku berkawan denganmu,
Tapi aku tidak sedar masa itu;
Aku sanggup berbelanja untukmu,
Aku rela mencari masa untukmu.
Perbezaan kita berdua,
Teramatlah jelas ketara;
Janganlah kamu alpa,
Asal usul kita tetap sama.
Usah sebut pasal asmara,
Identiti kita tidak serupa;
Nanti aku pula jadi mangsa,
Tuduhan fitnah dan zina.
Biarlah diriku dibawa bayu,
Janganlah kamu berasa sayu;
Kita tidak bisa bersama-sama,
Menikmati seluruh alam semesta.
Soalan demi soalan kita bertanya,
Tetapi hanya kamu aku selesa;
Memberitahumu segala rahsia,
Sungguhpun sulit kamu tahu jua.
Namun begitu,
Perasaan ini seketika saja;
Kamu terlalu banyak berfikir,
Bukankah hubungan kita sekadar permainan?
Setiap permulaan ada kesudahannya,
Jangan kamu anggap kita serius;
Lepaskan semua permintaanmu,
Tidak kira cinta ataupun nafsu.
Hiduplah sebahagia-bahagianya,
Kamu mesti dapat menemuinya;
Berikanlah dirimu masa,
Juga untuk melupakan saya.
Apa yang saya lakukan,
Hanya untuk kebaikanmu;
Berilah nilai persahabatan kita kebebasan,
Alkisah layanan perasaan kita telah berlalu.
No comments:
Post a Comment