Nilai Cinta:
Ilham Asli Jennifer Soh Li Wen, 27 Julai 2011, Rabu, 9:40 malam-10:33 malam
Cinta,
Bukan sekadar menitiskan air mata;
Bukan sekadar manis berkata-kata,
Bukan sekadar hidup bersama semata-mata,
爱,
从来不是拿来卖;
也从来不应该说die,
此外从来不适合做债,
Love,
It is not to bluff;
It is not to show tough,
It is not to carve.
Nilai cinta,
Menjangkau maknanya;
Malah adalah lebih bermakna,
Cinta adalah perkataan yang sukar diguna.
Banyak maksud di sebaliknya,
Bukan sekadar luahan rasa;
Ada orang panggilnya binasa,
Kerana diseksa olehnya.
Nilai cinta,
Lebih daripada nama cinta;
Bukan senang hendak mencari cinta,
Terutamanya sejati cinta.
Satu perkataan,
Tetapi luas maknanya;
Bukan sekadar bayangan,
Cinta itu hak tuan punya.
Alam percintaan,
Semestinya banyak dugaan;
Anggap semua sebagai ujian,
Oleh sebab Cinta Agung ialah Tuhan.
Cinta,
Bukan sekadar mimpi;
Bukan senang untuk dijumpai,
Lagi susah untuk dibelai.
Nikmat cinta,
Bukan sekadar aksi sahaja;
Reaksi penerimaan penting juga,
Pemahaman di antara pasangan berdua.
Cinta sebenar,
Nilainya amat besar;
Kehebatannya menular,
Membuatkan manusia mudah hilang sabar.
Cinta,
Bukan diwujudkan untuk diminta;
Bukan diwujudkan untuk dicipta,
Bukan diwujudkan untuk disita.
Cinta,
Membuatkan kita senantiasa terjaga;
Merindui si dia,
Sanggup menunggu untuknya.
Pada malam-malam buta,
Ketika kita membuka mata;
Pabila melihat si dia di sisi kita,
Kebahagiaan sehati sejiwa seia sekata.
Cinta dijadikan amalan,
Jangan panas baran;
Jangan hilang kesabaran,
Masa bukan suatu halangan.
Nilai cinta,
Diberi dan ia terus memberi;
Apa yang sepatutnya didapati,
Apa yang sepatutnya dimiliki.
Kelayakan bercinta,
Hak kita bersama;
Janji kamu ciptaanNya,
Perasaan itu sudah ada.
Nilai cinta,
Bukan untuk diukur;
Tetapi untuk dipupuk,
Ia tidak akan ke mana-mana.
Cinta-mencintai,
Bersamaan hati ke hati;
Harus kita hargai,
Apabila jodoh ditemui.
Nilai cinta,
Akan menimpa;
Kesedaran menerpa,
Apabila masalah tiba.
Proses bercinta,
Memakan masa;
Kalau ditakdirkan bersama,
Usah takut pada suratan alam semesta.
Tuhan di Syurga Maha Adil dan Saksama,
Benda-benda hidup dilahirkan sama;
Pelengkap diri Tuhan telah tentukan,
Asalkan kamu sudi dan rela bertahan.
“Saya cinta padamu”,
“我爱你”;
“I love you”,
Mencabar tetapi wajib berani,
Namun bukan untuk bermain mata dan diucap sebarangan,
Ambil segala masa yang diperlukan;
Fikir masak-masak dahulu sebelum bertindak,
Cinta itu buta dan jangan bertindak membuta tuli.
Cinta,
Lafaz dan bicarakan seikhlas-ikhlasnya;
Nilai cinta,
Renung dan wasiatkan selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment