Monday, July 4, 2011

Cintamu, Cintaku

Cintamu, Cintaku: Ilham Asli oleh Jennifer Soh Li Wen, 4 Julai 2011, Isnin, 7:23 malam-7:39 malam


Sejenak aku berfikir,

Lama juga aku menafsir;

Kata-katamu yang manis,

Apabila teringat aku pasti menangis.


Sejuta harapan aku impikan,

Kau tetap mengiakan;

Walaupun sukar untuk bersendirian,

Kau sanggup cuba duduk berhampiran.


Tersentuh hatiku,

Kau benar-benar setuju;

Membiarkan aku,

Menggapai mimpi dulu.


Kau masih mengerti,

Kepentingan pencapaianku;

Kau setia menanti,

Untuk saat-saat ketibaanku.


Kini aku sudah kembali,

Kepadamu yang aku kasihi;

Meskipun dari negeri ke negeri,

Sanubarimu aku jelajahi.


Aku amat menyayangimu,

Kau cinta aku yang satu;

Tanpamu segalanya tidak bersatu,

Betapa semaraknya cintamu, cintaku.


No comments: