Friday, March 2, 2012

Diriku

Diriku: Ilham Asli oleh Jennifer Soh Li Wen, 25 Februari 2012, 1:28 p.m.-1:48 p.m.; 26 Februari 2012, 12:27 a.m.-12:52 a.m.

Kalau saya meninggal,
Adakah kamu akan merindui saya?
Kalau ada barang tertinggal,
Bolehkah kamu simpan untuk saya?

Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibawa,
Sungguhpun diriku ini seorang hawa;
Cuma segala sendawa dan gelak ketawa,
Walaupun hodoh kamu tetap puji saya lawa.

Adakah mimpimu seindah mimpiku?
Adakah kau cinta padaku?
Muncullah dirimu di depanku,
Bilanglah apa yang pernah kau cakap kepadaku.

Kesempurnaan,
Hanyalah bayangan;
Jodoh di tangan Tuhan,
Misi cinta berpanjangan.

Kalau saya orangnya,
Carilah saya;
Masa tidak menunggu kita,
Kita mengejar masa.

Kalau saya bukan orangnya,
Lupakanlah saya;
Lepaskan saya dari masa,
Masa kamu bukan untuk saya.

Kalau saya meninggal,
Sanggupkah kamu memegang tangan saya?
Kalau ada barang tertinggal,
Sudikah kamu menitiskan air mata untuk saya?

Peringatan,
Hanya untuk ingatan;
Bukan sekadar anggapan,
Ku dengar jantungmu berdegupan.

Dunia ini amatlah realistik,
Diriku ini bukanlah plastik;
Jika kau tidak berduit,
Silalah pergi dari sini.

Sedikit-sedikit,
Lama-lama jadi bukit;
Ambil garam sekadar secubit,
Letak pada luka pasti sakit.

Betapa dalamnya kesengsaraan saya,
Hidup bagaikan di alam maya;
Jangan kamu rasa diriku percaya,
Pada kata-kata kamu yang penuh nescaya.

Itulah apa yang ingin saya sampaikan,
Sudah bertahun-tahun kamu ketinggalan;
Usah gentar ada kebimbangan,
Hidup mati saya Tuhan yang tentukan.

Kamu muncul dari kayangan,
Secara tiba-tiba tanpa bayangan;
Saya rasa sangsi dan ketakutan,
Maafkan saya diriku bukan seperti yang kamu harapkan.

Hiduplah seperti yang kamu mahukan,
Walaupun tiada dalam perancangan;
Tuhan akan sentiasa memberikan,
Sekiranya kamu benar-benar memerlukan.

Mungkin diriku ini hanyalah mainan,
Untuk dirimu untuk mempermainkan;
Cukuplah dengan semua gurauan,
Kerana cinta sebenar tiada kewujudan.

Keletihan sudah ada,
Gambaran di alam nyata;
Terimalah hakikat saya bukan adinda,
Kamu yang tiada konkrit dan harta.

Hal dulu biarlah jadi cerita,
Sejarah untuk kita berdua;
Pahit manis kita tahu saja,
Zaman muda memori pada hari tua.

Ikhlas daripadaku,
Selamat tinggal;
Kau bukan kekandaku,
Berhenti berkhayal.

No comments: