Dirimu Sekuntum Mawar: Ilham
Karya Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen, 4 Mac 2012, Ahad, 5:10 petang-5:34
petang, 12 Mac 2012, Isnin, 4:01 petang-4:02 petang, Di bilik tengah,
University Heights
Sekuntum mawar,
Seikhlas penawar;
Sedetik bertentang mata,
Seribu bicara.
Sampaiku tidak terkata,
Kilauan tawamu;
Kaulah melodi cinta,
Ketika bersamamu.
Rembulan memancarkan seni,
Masa tiba-tiba terhenti;
Kupercaya kau cinta,
Jelmaan berkelipan di mata.
Kau wanita,
Kau permata;
Kedua-dua berlian bernilai,
Namun dirimu tidak ternilai.
Irama sakti,
Menemukan kita;
Suatu hari,
Abadi selamanya.
Kewujudan dirimu,
Dalam hidupku;
Cahaya tangisku,
Kebahagiaan kasihku.
Dirimu semerah penawar,
Dirimu sekuntum mawar;
Tiada yang kedua,
Dikaulah yang kucinta.
No comments:
Post a Comment