Tuesday, January 7, 2014

Sekiranya Kau Bulan, Ku Siapa?

Sekiranya Kau Bulan, Ku Siapa?
Ilham asli oleh Jennifer Soh Li Wen, 8 Januari 2014, Rabu, 11:13 pagi-11:27 pagi, Di dalam bilik sewa, Kuala Lumpur, Terkenangkan cinta dulu yang masih membara sehingga kini - seandainya dia tahu, AVZ, SLW mencintai dan merindui mu 

Barangkali ku berfikir,
Mungkin dari zahir;
Mungkin dari batin,
Andai kata ku memihak ranting,
Apakah akar mula menengking?
Betapa hati ku sakit;
Hari demi hari pulih jua sikit,
Ku berjalan ada juga berakit,
Cuma ada kala hilang seringgit,
Usah gentar kehidupan menggigit;
Kalau mu jatuh kembalilah bangkit,
Tak perlu nak selalu cantik-cantik,
Hati lihat luar hanyalah sedikit,
Tidak juga hari-hari ku bertapa;
Tidak juga selalu minum air kelapa,
Namun hati ku mencari serupa,
Sekiranya kau bulan, ku siapa? 
Ku harap cinta bukan sebelah mata;
Jangan disangka ku hawa rata,
Ku hanya bijak berkata-kata,
Ku perlukan mu beraksi bercerita.

No comments: