Thursday, December 15, 2011

Kuasa Bahasa


Kuasa Bahasa
Ilham Asli oleh Jennifer Soh Li Wen, Idea dan Penulisan Karya: 10:53 pagi-11:09 pagi-12:06 tengahari-12:09 tengahari-12:27 tengahari-12:34 tengahari-6:43 petang-6:59 petang, Khamis, 15 Disember 2011.

Tempat-tempat,
Titisan pahala;
Simpang empat,
Jalan sehala.

Manusia,
Tanpa bahasa;
Tiada cinta,
Tiada makna.

Kuasa bahasa,
Dialek bahasa;
Berlainan bangsa,
Dibawa ke angkasa.

Di bandar dan desa,
Kita berbahasa;
Hari-hari termasuk Selasa,
Kita berbahasa.

Bahasa itu identiti,
Bahasa itu integriti;
Bahasa itu interaktif,
Bahasa itu proaktif.

Bahasa itu lestari,
Bahasa itu harmoni;
Bahasa itu bestari,
Bahasa itu warna-warni.

Ideologi itu bahasa,
Pedagogi itu bahasa;
Filem itu bahasa,
Bunga itu bahasa.

Sains itu bahasa,
Teknologi itu bahasa;
Bisnes itu bahasa,
Arkeologi itu bahasa.

Jiwailah bahasa,
Sayangilah bahasa;
Berkatilah bahasa,
Sanjungilah bahasa.

Hayatilah bahasa,
Simfonilah bahasa;
Rahmatilah bahasa,
Insanilah bahasa.

Bahasa ibu pertiwi,
Berkumandang di duniawi;
Bahasa diselubungi melodi,
Bahasa berima satu misteri.

Ikoniknya bahasa,
Imej berkata-kata;
Simboliknya bahasa,
Imej berkata-kata.

Mari guna bahasa,
Rajin bertanya;
Kuasa bahasa,
Semua yang punya. 

No comments: