Tuesday, December 20, 2011

Dua Cinta


Dua Cinta
Ilham Asli daripada Jennifer Soh Li Wen, Selasa, 20 Disember 2011, 5:35 petang-6:28 petang, Pulau Pinang.

V1: Ku kehausan cinta,
       Memikirmu,
       Dalam dakapan;
       Serba salahmu hanya membuatku sengsara.

V2: Cintaku setia padamu,
       Biarpun setianya hanya sementara;
       Buatku sengsara meraih simpati.

Dua cinta...

* Kebahagiaan itu apanya?
   Tanpa kasih dirimu tanpaku;
   Ku kan sanggup menanti,
   Muncullahmu semula padaku, kekasih.

V3: Bisakah kau mencintainya?
       Melebihi diriku;
       Yang jujur,
       Itu hanya rahsia kita berdua.

V4: Mengapa mesti ada pilihan?
       Di antara aku dan si dia;
       Bukankah aku sudah berjanji?

Tiada dua cinta...

*

** Permulaan cinta kita,
Disudahkan dengan si dia;
Tidak inginku menempuhi lagi.

Kembalilah...

*

* Korus
** Bridge 

No comments: