Aku Sampah: Ilham Asli oleh
Jennifer Soh Li Wen, Idea: 9:34 malam, Selasa, 22 November 2011, Ditulis pada
Selasa, 13 Disember 2011, 12:28 pagi-rehat-8:05 pagi.
Pada keheningan malam,
Buaian melodi syahdu;
Ku terasa rindu,
Pada ibuku di Batam.
Mama,
Bukan salahmu ku begitu;
Drama,
Tak pernah mengira waktu.
Ku lihat kiri dan kanan,
Ku lihat jam di tangan;
Ku lihat susuk di badan,
Ku lihat belon yang ringan.
Suratan takdir,
Usah disindir;
Di dunia ini ku hadir,
Hidup penuh mundar-mandir.
HIV/AIDS,
Amatlah perit;
Ku ingin menjerit,
Ku ingin menangis.
Ibuku,
Arwah ayahku;
Diriku,
Haiku.
Siapakah ayah?
Apa, mak nyah?
Aku sampah,
Air ku disimbah.
Mama,
Sihatkah kamu di sana?
Mama,
Tak henti-henti ku dihina.
Masa hadapan,
Tiada di depan;
Tiada harapan,
Dugaan balapan.
Masyarakat memerhati,
Bukan dari hati;
Ku perlu berhati-hati,
Ku sudah jemu dinasihati.
Oh, manusia,
Oh, Malaysia;
Ku bukan sia-sia,
Ku juga bukan bohsia.
Mama dan Papa,
Ada cerita;
Papa bekas mak nyah,
Mama menerima lamarannya.
Betapa gahnya cinta,
Dapat mengubah derita;
Di depan mata,
Si dia umpama pelita.
Mama,
Apa khabar jauh nun di sana?
Papa,
Akanku dan Mama jumpamu di
sana.
Ku takkan marah,
Pada Papa;
Akanku pakai riben merah,
Menemani Papa.
Ku ingin dimaafkan,
Mama tiada di bayangan;
Ku ingin disatukan,
Bebas menari di kayangan.
Saat Mama kehilanganku,
Masa ku masih bayi;
Seingat daku,
Ku telah dinodai.
Rawatan demi rawatan,
HIV/AIDS dianggap jangkitan;
Orang ramai ketakutan,
Ku hanya menjadi persengketaan.
Mereka nampak,
Kami bertiga macam sampah;
Sedangkan merekalah pembawa
padah,
Kami jua yang mengandung impak.
Ku hasil cinta,
Ku hasil dusta;
Ku tiada harta,
Ku rela buta.
Mama jaga Papa,
Sayang Papa;
Betapa mulianya Mama,
Tapi Mama hanya Mama.
Ku pula bagaimana?
Kebahagiaanku di mana?
Ku tak bisa mengandung anak,
Risiko pada anak-beranak.
Hospital,
Tempat tinggalku;
Hari Natal,
Kegemaranku.
Saban tahun ku ada hadiah,
Tahun ini entah pula apa;
Pagi 25hb Disember ku menerima
“hadiah”,
Mama!