Penyapu
Halal:
Ilham Asli oleh Jennifer Soh Li Wen, 17 November 2011,
Khamis, 9:04 malam-9:42 malam, Bilik Tengah.
Indah khabar daripada rupa,
Kata-katamu kau sudah lupa;
Kata ingin jadi bapa,
Kata suka dipanggil Papa.
Kau ingat kau hebat,
Dapat tandingi Hang Jebat;
Padahal takut hujan lebat,
Kilat, petir semua terlibat.
Senang-senang kau masuk keluar rumah,
Bilang setuju untuk kasi tolong gua;
Namun setiap hari buat gua marah,
Kau mahu gua cepat tua?
Makin hari makin banyak sampah,
Memang bikin menyampah;
Kerja di luar sama dengan rumah-bah,
Orang di luar pun tolong kutip sampah.
Apabila gua tiada,
Lagi kau menjadi-jadi;
Semua kotor sini sana,
Harapkan gua bersihkan ketika kembali.
Kau bisa tak kotakan janji-janjimu?
Nampaknya gua juga satu;
Mudah saja percaya padamu,
Hari-hari gua tak lari macam andartu.
Abang,
Penyapu itu halal;
Tak berdosa, Bang,
Muka Abang berapa tebal?
Kau sentuh ia sekali pun tidak,
Perangai macam pula budak;
Tapi duri kau setajam Si Landak,
Lepaskan geram secara mendadak.
Kerja rumah kau tak buat,
Harapkan saja gua yang buat;
Kini gua sudah meluat,
Tengok tong sampah dua minggu melimpah tak muat.
Kau ingat gua ni siapa?
Gua lihat diri tak macam dilamun cinta;
Tapi macam wanita luka,
Gua amatlah berdukacita.
Habis, kau tak nak sumbang itu kenapa?
Di luar rumah tak penat tapi balik penat?
Jangan lupa gua juga ada keluar bekerja,
Tetapi ketika balik, hati mesti rasa tenat.
Badan gua ni sakit semacam,
Akibat sapu, mop, macam-macam;
Gua baru bersihkan semalam,
Hari ni kau buang basi punya kuih talam.
Semut semua benci pada gua,
Tak henti-henti panjat kaki gua;
Tak hendak lepaskan kulit gua,
Gua terpaksa menentang gua.
Kau mahu gua bikin diri cantik,
Kau suka lihat gua romantik;
Tapi cinta gua sudah tak berputik,
Gua diselubungi bau busuk saban detik.
Sudahlah, Bang,
Gua sudah letih;
Cukuplah, Bang,
Cari wanita putih.
Indah khabar daripada rupa,
Salah gua pandang lelaki macam kamu;
Gua nda mahu jadi gila,
Sukar betul ingin hidup bersamamu.
Selamat tinggal gua ucapkan,
Ini rumah sudah gua bersihkan;
Selepas ini, entah siapa yang tolong lapkan,
Dikerana dikau bukan bakal suami yang gua sangka-harapkan.
No comments:
Post a Comment