Ilham daripada Jennifer Soh Li Wen, Selasa, 04/10/2005, 8:55p.m.
Angin malam,
Bertiup sepoi-sepoi bahasa;
Selama ini kita bersalam,
Meluahkan perasaan hati dan rasa.
Mengapakah perlu berakhir begini?
Dua insan yang saling mencintai;
Dibuai memori yang sepi,
Sentiasa terperangkap di sana sini.
Daku ingat,
Kaulah segala-galanya;
Kaulah satu-satunya,
Sekali memandangmu,
Bagaikan melihat bintang yang berkelip-kelip,
Umpama pelangi pelbagai warna;
Kau memiliki semua pancaindera,
Yang kuimpi-impikan,
Jejaka muda yang pandai membisik,
Apa saja kau kata sekarang kutetap kesali.
Wahai budiman yang kusanjungi,
Aku harap kau tidak melupakanku;
Kerana sehingga kini,
Aku masih menanti kehadiranmu,
Aku tahu aku hanya membazirkan masa,
Tapi tak mengapa;
Betapa daif pun keikhlasan niat sanubari ini,
Aku tidak bisa mengaku kalah,
Walau apa cara sekalipun,
Kutidak akan melepaskan tanganmu;
Tidak begitu mudah,
Jadi, jangan kau pasrah.
Apakah kelebihan si dia?
Membutakan matamu untuk melihat diriku;
Sedangkan aku adalah bunga yang giat berkembang,
Hanya untukmu kusanggup mekar,
Mengapa kau kian tidak sedar,
Segala pengorbananku hanya untukmu;
Budimanku yang hanya kucintai,
Suka sangat mengetepikan diri,
Daku hanya mahu mencari cinta sejati,
Salahkah aku?
Thursday, May 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
It's amazing. I love your writing. I'd expect this from some fancy Malay poetry book. You wrote and expressed yourself beautifully.
Dear Ezzy,
So sorry for my late reply.
Been passive these few years but I'm back!
Thank you very much with most appreciation.
All the best, take care, and God bless :")
Post a Comment