Ilham asli daripada Jennifer Soh Li Wen, 12 Mei 2013, Ahad, 12:27 p.m.- 11:03 p.m. (termasuk masa menyunting), Di dalam bilik sendiri di rumah, Ditulis khas untuk kawan baik sia, Cheng Cheng dan suaminya atas perkahwinan mereka <3
Dulu ada orang kata,
"Nda kenal maka nda cinta";
Betul juga kata mereka,
Memori indah harta pusaka.
Kisah ini umpama sekuntum bunga,
Dua insan bertemu dan bersama;
Sungguhpun tiada yang sempurna,
Tuhan sudah ada penyelesaiannya.
Betapa jauh jarak di antara mereka,
Mampu membuahkan suka dan duka;
Masih mereka di tanah yang sama,
Si Hawa merupakan cinta pertama.
Asal suami dari Sarawak,
Asal isteri dari Sabah;
Berkenalan secara rawak,
Di Shah Alam pula dah.
Si Adam meminatinya sejak Sem. 1,
Masih berpunya Si Hawa masa itu;
Setahun juga Si Adam menunggu,
Untuk Si Hawa bilang dia setuju.
Masing-masing siswa di Universiti,
Lain kursus mengikut kehendak hati;
Si Adam memerhatinya dari jauh,
Si Hawa pula nda tahu selama itu.
Rupa-rupanya tinggal sebelah blok,
Tapi ndalah sedekat boleh diketuk;
Rakan sekelas Si Hawa kenal pula,
Teman serumah Si Adam begitunya.
Januari 17 tahun 2009,
Mereka keluar sebagai kawan;
Minum-minum dan kenal-kenal,
Mula mengetahui diri dan asal.
Si Hawa bilang tentang Si Adam,
Sama sia sebagai penulis cerita;
Katanya Si Adam amat rendah diri,
Orangnya comel tambahan baik hati.
Februari 1 tahun 2009,
Kali pertama tengok wayang;
"Sifu dan Tonga" yang ditayang,
Namun fokus Si Hawa rasa getaran.
Februari 14 tahun 2009,
Siapa nda tahu Hari Valentine?
Hari yang menghargai pasangan,
Hari Si Adam menghulurkan tangan.
Si Adam nda pernah bercinta,
Tapi masa tengok wayang;
Si Hawa dapat merasakan,
"Dialah lelaki sia."
Pada Hari Valentine itu,
Si Adam menghantar lagu;
"Mungkinkah Terjadi" - Tam Spider,
Si Hawa tahu yang dia itu serius.
Dalam sebarang perhubungan,
Biarlah masa yang menentukan;
Tuhan Maha berkuasa atas kita,
Apa-apa juga nda perlu bergegas.
Mac 1 tahun 2009,
Hari hubungan lebih daripada kawan;
Mereka keluar ikut perancangan,
Zaman teknologi dalam pegangan.
Tengok wayang, Go-Card, dan KFC,
Di Extreme Park, Shah Alam;
Pemalu juga ini Si Adam,
Hantar lagu rasa hati pada Februari.
Dunia ini adil sebenarnya,
Si Hawa berani tiada tandingannya;
Bermesej dengan dia satu soalan,
Walaupun mukanya bertentangan.
Si Hawa menaip,
Sia rasa sangat menarik;
"Do you love me?
If yes, please say the 3 words."
Semestinya dibaca Si Adam,
Perasaan ini sia faham;
Maksudnya pasti mendalam,
Tempat bersejarah, Shah Alam.
Akhirnya dijawabnya,
Melalui mesej dan suara;
"I love you," bilang dia,
Mereka bersama dengan rasminya.
Pejam celik masa bertahun-tahun,
Si Adam nda sanggup berjauhan lagi;
Setelah sekian lama menunggu,
Masanya tiba untuk memohon restu.
Kedua-dua belah keluarga,
Menyokong hubungan mereka;
Tradisi pertunangan dijalankan,
Bertarikh 3 Jun tahun 2012.
Sekiranya mencintai seseorang,
Ukurannya bukan luaran;
Menerima segala lebih dan kurang,
Memberi galakan diri dan peluang.
Dua insan dalam kisah ini,
Saling menelefon dan SMS sana sini;
Nda kira berapa banyak kali,
Hanya untuk rasa dekat di hati.
Kehidupan bukannya selalu mewah,
Si Cikgu Adam mengajar Si Hawa;
Tentang kehidupan dan keluarga,
Baginya keluarga adalah pertama.
Sama umur dan hanya bulan berbeza,
Bukan senang berjauhan untuk lama;
Perasaan penat dan sukar pun ada,
Syukur kepercayaan jiwa bertakhta.
Sebagaimana Si Hawa memberitahu,
Sebanyak mana yang sia tahu;
Si Adam adalah seorang gentleman,
Kerana sangat menghormati orang.
Hobi yang sama juga penting,
Untuk dikongsi dan dipraktik;
Mereka berdua suka bersukan,
Nda terkecuali juga suka makan.
Si Hawa dan Si Adam,
Bukan ciptaan sia;
Mereka berdua ciptaan Tuhan,
Disatukan di bawah payung cinta.
Daripada nama kepada sayang,
Dari jarak jauh kepada dekat;
Sia pencerita lihat kmu berdua,
Dengar saja pun tahu kmu bahagia.
Detik masa akan sampai jua,
Diri kmu memakai baju pengantin;
Tahniah diucapkan daripada sia,
Alam berumah tangga sudah dijamin.
Jangan kisah apa yang orang kata,
Yang penting apa yang kmu rasa;
Sia harap kmu setia selama-lamanya,
Salam percintaan semanis syurga.
Kepada orang muda di luar sana,
Raja sehari akan sampai juga;
Ambil iktibar dan percaya cinta,
Tapi jangan lupa impian dan jasa.
Hidup ini hanyalah sekali,
Tiada yang harus dikesali;
Ambillah masa kenali diri,
Orang disayangi ada di sisi.
Kita hanya boleh merancang,
Tuhan Maha Esa menentukan;
Dengar apabila hati berkata-kata,
Itulah ketika pernah dilamun cinta.
Jujur pada rasa,
Usah fikir dua;
Perkahwinan persetujuan semua,
Mari kita meraikan bersama-sama.
Akhir kata daripada sia,
Minta maaf nda dapat ke Sabah;
Semoga berbahagia sehingga tua,
Suatu hari nanti Papa dan Mama.
No comments:
Post a Comment