Showing posts with label Nasib seorang anak yang tidak berdosa tetapi sedang menanggung dosa hawa nafsu manusia.. Show all posts
Showing posts with label Nasib seorang anak yang tidak berdosa tetapi sedang menanggung dosa hawa nafsu manusia.. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Aku Sampah


Aku Sampah: Ilham Asli oleh Jennifer Soh Li Wen, Idea: 9:34 malam, Selasa, 22 November 2011, Ditulis pada Selasa, 13 Disember 2011, 12:28 pagi-rehat-8:05 pagi.

Pada keheningan malam,
Buaian melodi syahdu;
Ku terasa rindu,
Pada ibuku di Batam.

Mama,
Bukan salahmu ku begitu;
Drama,
Tak pernah mengira waktu.

Ku lihat kiri dan kanan,
Ku lihat jam di tangan;
Ku lihat susuk di badan,
Ku lihat belon yang ringan.

Suratan takdir,
Usah disindir;
Di dunia ini ku hadir,
Hidup penuh mundar-mandir.

HIV/AIDS,
Amatlah perit;
Ku ingin menjerit,
Ku ingin menangis.

Ibuku,
Arwah ayahku;
Diriku,
Haiku.

Siapakah ayah?
Apa, mak nyah?
Aku sampah,
Air ku disimbah.

Mama,
Sihatkah kamu di sana?
Mama,
Tak henti-henti ku dihina.

Masa hadapan,
Tiada di depan;
Tiada harapan,
Dugaan balapan.

Masyarakat memerhati,
Bukan dari hati;
Ku perlu berhati-hati,
Ku sudah jemu dinasihati.

Oh, manusia,
Oh, Malaysia;
Ku bukan sia-sia,
Ku juga bukan bohsia.

Mama dan Papa,
Ada cerita;
Papa bekas mak nyah,
Mama menerima lamarannya.

Betapa gahnya cinta,
Dapat mengubah derita;
Di depan mata,
Si dia umpama pelita.

Mama,
Apa khabar jauh nun di sana?
Papa,
Akanku dan Mama jumpamu di sana.

Ku takkan marah,
Pada Papa;
Akanku pakai riben merah,
Menemani Papa.

Ku ingin dimaafkan,
Mama tiada di bayangan;
Ku ingin disatukan,
Bebas menari di kayangan.

Saat Mama kehilanganku,
Masa ku masih bayi;
Seingat daku,
Ku telah dinodai.

Rawatan demi rawatan,
HIV/AIDS dianggap jangkitan;
Orang ramai ketakutan,
Ku hanya menjadi persengketaan.

Mereka nampak,
Kami bertiga macam sampah;
Sedangkan merekalah pembawa padah,
Kami jua yang mengandung impak.

Ku hasil cinta,
Ku hasil dusta;
Ku tiada harta,
Ku rela buta.

Mama jaga Papa,
Sayang Papa;
Betapa mulianya Mama,
Tapi Mama hanya Mama.

Ku pula bagaimana?
Kebahagiaanku di mana?
Ku tak bisa mengandung anak,
Risiko pada anak-beranak.

Hospital,
Tempat tinggalku;
Hari Natal,
Kegemaranku.

Saban tahun ku ada hadiah,
Tahun ini entah pula apa;
Pagi 25hb Disember ku menerima “hadiah”,
Mama!