Showing posts with label Cinta ada di depan mata. Show all posts
Showing posts with label Cinta ada di depan mata. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Dirimu Sekuntum Mawar


Dirimu Sekuntum Mawar: Ilham Karya Asli Ciptaan Jennifer Soh Li Wen, 4 Mac 2012, Ahad, 5:10 petang-5:34 petang, 12 Mac 2012, Isnin, 4:01 petang-4:02 petang, Di bilik tengah, University Heights

Sekuntum mawar,
Seikhlas penawar;
Sedetik bertentang mata,
Seribu bicara.

Sampaiku tidak terkata,
Kilauan tawamu;
Kaulah melodi cinta,
Ketika bersamamu.

Rembulan memancarkan seni,
Masa tiba-tiba terhenti;
Kupercaya kau cinta,
Jelmaan berkelipan di mata.

Kau wanita,
Kau permata;
Kedua-dua berlian bernilai,
Namun dirimu tidak ternilai.

Irama sakti,
Menemukan kita;
Suatu hari,
Abadi selamanya.

Kewujudan dirimu,
Dalam hidupku;
Cahaya tangisku,
Kebahagiaan kasihku.

Dirimu semerah penawar,
Dirimu sekuntum mawar;
Tiada yang kedua,
Dikaulah yang kucinta.