Wednesday, June 15, 2011

Harapan Suci

Harapan Suci

Karya Asli Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 19/11/2005, Sabtu, 12:21a.m.

Dua insan,

Bermain kata;

Bertentang mata,

Bagai terapung di awan.


Ku dengar,

Kau lafazkan;

Suara segar mekar,

Kau tetap di ingatan.


Malangnya,

Ku bukan orangnya;

Yang kau sedang cari,

Maaf daku mengundurkan diri.


Ingin ku menjelajahi dunia,

Untuk membalas jasa;

Kedua ibu bapa,

Jangan kau lupa,

Mencurahkan rasa;

Kepada si dia,

Yang kau cinta,

Harapan suci kau terhadapnya.


Jangan kau menghampiriku,

Ku tak sanggup menghadapi;

Kisah silam ku,

Yang bersadur api,

Ku ingat tak dapat ku,

Berjumpa kau lagi;

Disebabkan jejaka,

Yang ku cintai.


Malangnya,

Ku bukan orangnya;

Yang kau sedang cari,

Maaf daku mengundurkan diri.


Ingin ku menjelajahi dunia,

Untuk membalas jasa;

Kedua ibu bapa,

Jangan kau lupa,

Mencurahkan rasa;

Kepada si dia,

Yang kau cinta,

Harapan suci kau terhadapnya.

Jelingan Asmara

Jelingan Asmara


Kau rasa,

Tanpamu di sisiku;

Ku tinggal seorang,

Namun ku bahagia.


Kau biarkanku,

Pergi tanpa kembali;

Jangan kau kesali,

Itu kesalahan kau sendiri.


Jelingan asmaramu,

Membuatku rindu;

Mengenang masa lalu,

Bila hati kita bertemu.


Sekian saja percintaan ini,

Ku tak tahan lagi;

Semua cerita,

Yang kau bawakan,

Hanya mengundang dusta,

Ke dalam sanubari;

Terima kasih atas cinta kasih,

Tapi semuanya harus berakhir di sini.


Jelingan asmaramu,

Membuatku rindu;

Mengenang masa lalu,

Bila hati kita bertemu.


Hasil Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen

Tarikh: 18/11/2005

Hari: Jumaat

Masa: 10:25p.m.

Insaf

Insaf

Hasil Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 18/11/2005, Jumaat, 3:05p.m.

Puas ku mencari,

Wajahmu di hati;

Mungkiri janji,

Yang telah lama pergi.


Kau tinggalkan ku,

Tanpa bersuara;

Takkan ku lupa,

Saat kehilanganmu.


Sayang,

Ku telah insaf;

Ketiadaanmu,

Menyakiti diriku,

Untuk berdikari;

Malu ku tak terperi,

Berdepan di sinar mentari.


Biar ku tebus segala dosa,

Yang membuatmu merana;

Tidak ku sengaja,

Mengenang si dia.


Aku telah berubah,

Tidak seperti dulu;

Pendapat bercanggah,

Membuat ku hampir layu.


Sayang,

Ku telah insaf;

Ketiadaanmu,

Menyakiti diriku,

Untuk berdikari;

Malu ku tak terperi,

Berdepan di sinar mentari.


Ku doa kau maju,

Ku buka pintu hatiku;

Pulanglah ku merayu,

Kepada pangkuanku,

Menanti kau kembali,

Ke sisiku.

Kerana

Kerana

Karya Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 18/11/2005, Jumaat, 2:13p.m.

Kerana cinta,

Aku berdosa;

Melayan rasa,

Membelai jiwa,

Di mata kasar.


Kerana keluarga,

Aku berdoa;

Agar berjasa,

Terhadap mereka,

Yang sudi menjaga.


Mengapa semua harus begini?

Ku sekadar mengejar mimpi;

Terus ku dimaki,

Apalah erti hidup ini?


Kerana dia,

Aku rela;

Melupakan nama,

Bersama dia,

Mengharungi suka-duka.


Kerana diri,

Aku berani;

Cuba tanpa henti,

Ke hujung kaki,

Mengenali sendiri.


Mengapa semua harus begini?

Ku sekadar mengejar mimpi;

Terus ku dimaki,

Apalah erti hidup ini?


Daku hanya insan biasa,

Ingin mencapai cita-cita;

Kini sudah dewasa,

Kematangan di minda,

Berfikir tanpa curiga.


Mengapa semua harus begini?

Ku sekadar mengejar mimpi;

Terus ku dimaki,

Apalah erti hidup ini?

Bisikan Hati

Bisikan Hati

Lirik Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 17/11/2005, Khamis, 8:46p.m.

Ku lihat diriku,

Yang bertambah sayu;

Mengenang rindu,

Ketika bersamamu.


Ku tabah berdiri,

Rasa cinta tak saling berganti;

Ku jalan sendiri,

Tanpa kau di sisi.


Namun bisikan hatimu,

Membuat jantungku berdegup;

Tanpa kau di bayangan,

Ku tetap dapat merasaimu,

Seindah indera kayangan,

Imaginasiku terus melayang;

Untuk dirimu ku sanggup,

Menanti kewujudanmu.


Setiap kali ku melelap mata,

Melayan perasaan jiwa dan raga;

Sekali lagi kita berjumpa,

Di tempat yang sungguh istimewa.


Ku sedar ku hanya bermimpi,

Inginkan saat-saat itu menjadi realiti;

Ku tetap mencari,

Kau yang ku sayangi.


Namun bisikan hatimu,

Membuat jantungku berdegup;

Tanpa kau di bayangan,

Ku tetap dapat merasaimu,

Seindah indera kayangan,

Imaginasiku terus melayang;

Untuk dirimu ku sanggup,

Menanti kewujudanmu.


Ke hulu ke hilir,

Ku cekal menjelajahi;

Hanya masa yang bisa mengubati,

Mungkin ini angkara takdir,

Yang membuatku terasa sangsi,

Adakah aku di alam fantasi?

Black Shadow 2

Black Shadow (The “Why?” Version)


Verse 1:


I see the stars shining bright,

Sending me a bunch of light;

Giving me such great sight,

To accompany me all through the night.


Chorus:


But why is there not any guy throwing stones to my window?

Why is there not any guy putting flowers under my pillow?

Why I could only see my black shadow which always follow?

And making me more and more sorrow.


Verse 2:


I see people everywhere,

Making fun of me like they just don’t care;

It’s not like they are willing to share,

That’s when I thought everything’s not fair.


Chorus:


But why is there not any guy throwing stones to my window?

Why is there not any guy putting flowers under my pillow?

Why I could only see my black shadow which always follow?

And making me more and more sorrow.


Bridge:


I know that I’ve been trying so hard,

Never received not even a card;

They who like to tear me apart,

I’m sorry for there’s no room for them in my heart.


Chorus:


But why is there not any guy throwing stones to my window?

Why is there not any guy putting flowers under my pillow?

Why I could only see my black shadow which always follow?

And making me more and more sorrow.


Written Originally by Jennifer Soh Li Wen, 04/11/2005, Friday, 5:43p.m.

Diari Percintaan Kita

Diari Percintaan Kita

Karya Asli Ciptaan: Jennifer Soh Li Wen, 17/11/2005, Khamis, 2:43a.m.

Begitulah rupanya,

Suratan takdir;

Membawa penuh makna,

Tanpa kucar-kacir.


Engkau tak bisa melupakan,

Setiap detik-detik;

Memberikan ku semangat,

Melalui saat-saat getir.


Aku mencintaimu,

Sepenuh hati;

Sepenuh jiwa,

Engkau seorang saja yang ku kasihi,

Semuanya terbukti;

Dalam diari percintaan kita,

Yang berkisahkan kau dan aku.


Betapa besarnya jurang di antara kita,

Betapa jauh mata memandang;

Ku selalu berdoa agar kau berjaya,

Mencapai impian yang kian datang.


Sehari demi sehari,

Ku sedia menanti;

Kepulanganmu,

Tanpa erti jemu.


Aku mencintaimu,

Sepenuh hati;

Sepenuh jiwa,

Engkau seorang saja yang ku kasihi,

Semuanya terbukti;

Dalam diari percintaan kita,

Yang berkisahkan kau dan aku.


Senyumanmu yang manis,

Mewarnai hidupku;

Ku asyik menangis,

Kerana amat merinduimu,

Setiap kali ku melihat,

Diari yang ku tuliskan;

Namamu tetap terpahat,

Diselabungi memori kemenangan.